Kelas Tuisyen Intensif Matematik Sepanjang Cuti Sekolah 2019

Kelas Tuisyen Matematik ini akan memberi fokus kepada penguasaan asas matematik disamping mengulangkaji topik-topik matematik yang lepas. Sukar bagi pelajar untuk menguasai dan memahami topik matematik yang baru pada sesi persekolahan akan datang sekiranya asas matematiknya masih lagi lemah. Isikan cuti anak anda dengan sesuatu yang bermanfaat. Mantapkan penguasaan subjek matematik bersama kami. 

Terbuka kepada pelajar Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (sesi persekolahan 2020)

Jadual Kelas Tuisyen Intensif Matematik Cuti Sekolah

Presint 11 – Setiap Isnin (2, 9, 16 dan 23 Dec 2019)

Presint 15 – Setiap Selasa (3, 10, 17 dan 24 Dec 2019)

Presint 16 – Setiap Rabu (4, 11, 18 dan 25 Dec 2019)

Masa : 8.00PM – 9.30PM (1 jam 30 minit)

Bagi memastikan keberkesanan pembelajaran, bilangan pelajar dihadkan hanya kepada 10 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.

Lokasi Cawangan Pusat Tuisyen Mathspower

PRESINT 11

No 8B 2nd Floor, Jalan P11 E/5, Presint 11 Putrajaya

Tel: 017-696 9281

PRESINT 15

No 45B Jalan Diplomatik, Presint 15 Putrajaya

Tel: 013-217 2129

PRESINT 16

No 4-3 Jalan P16/1, Presint 16 Putrajaya

Tel: 017-696 9271

DENGKIL

Pusat Tuisyen Mathspower dengkil jalan deluxe

No 28A, Jalan Deluxe 2, Pusat Perdagangan Deluxe, Dengkil, Selangor

Tel: 017-696 1866

"Kejayaan sebenar pusat tuisyen adalah apabila berjaya mengubah pelajar yang lemah dan gagal untuk bergerak ke tahap yang seterusnya. Inilah yang kami telah lakukan sepanjang tahun."

Video Testimoni

"Markah peperiksaan saya semakin meningkat"

-Marwan Irrsyad, Tingkatan 5-

Play Video

Aktiviti Tahunan Pusat Tuisyen

Menjadi tanggungjawab kami untuk merangka dan melaksanakan aktiviti tahunan yang berteraskan akademik, motivasi dan riadah kepada pelajar.

Perlawanan bola sepak
Perjumpaan ibu bapa dan guru
Program bahasa inggeris UPSR
Seminar teknik menjawab Matematik UPSR
Perlawanan Bowling
Rumah terbuka Aidilfitri
Program bahasa inggeris PT3
Seminar teknik menjawab Matematik PT3
Aktiviti-Pusat-Tuisyen-Mathspower-Putrajaya-2.jpg
Kuiz Matematik
Seminar teknik menjawab sains PT3
Program bahasa inggeris SPM
Seminar teknik menjawab Matematik SPM

Soalan Lazim

Bagaimana nak daftar?

Pendaftaran pelajar boleh dibuat dengan mengisi borang secara online dan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Boleh juga terus ke pusat tusiyen untuk mendaftar. Klik disini untuk mendaftar.

Harini pusat tuisyen buka pukul berapa?

Waktu operasi kami adalah hari Isnin hingga Jumaat dari jam 3.30 petang – 10.00 malam. Waktu operasi hari sabtu pula dari jam 1  hingga 5 petang. Ahad tutup.

Tutor yang mengajar ni cikgu sekolah ke?

Kebanyakan tutor bukan daripada kalangan guru sekolah. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang, Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.

Pusat tuisyen mathspower ni hanya ajar subjek maths saja ke?

Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain. Untuk lihat pakej subjek ditawarkan dan yuran sila klik disini.

Apa yang special kalau hantar anak kat tusyen ni?

Tiada apa-apa yang special melainkan kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Pelajar yang sering membuat bising dan mengganggu pelajar lain akan diberhentikan. Pelbagai aktiviti tahunan dirangka untuk pelajar. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”.

Confirm ke kalau hantar kat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?

Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A.

anak saya ni lemah sikit & Selalu gagal dalam exam. saya takut dia tak dapat follow belajar dengan kawan-kawan lain dalam kelas nanti.

Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Kumpulan Kecil atau pakej Kelas Individu.

Masih ada persoalan yang belum terjawab?

Hubungi /Whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan.

Khairul Rizal
Read More
Pusat tuisyen ini sgt memuaskan dgn kemahiran guru yg memberi teknik latihan dan tunjuk ajar yg mudah pd pelajar.
Luqman Fiqhri
Read More
Saya suka MathsPower ini kerana ia memberi manfaat kepada saya.Tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan.Guru di MathsPower ini telah mengajar saya sedaya upaya mereka untuk saya faham dalam sesuatu topik.Tempat MathsPower is the best
Nur Aliya Fasihah Mohd Suriza
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana pusat tuisyen ini mempunyai kawasan pembelajaran yang selesa seperti mempunyai pendingin hawa . Selain itu , guru - guru yang mengajar saya amatlah baik dan proses pembelajaran amatlah mudah kerana dibekalkan modul yang mempunyai pelbagai nota dan latihan . TQ MATHSPOWER <3
Ahmad Firdaus
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana guru-guru mengajar dengan cara yang mudah dan senang difahami. Suasana yang selesa dan luas jugak menjadi faktor utama untuk saya belajar dengan baik. Kawan- kawan juga yang akan membantu menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar saya fahami.
Fariq
Read More
Saya suka belajar di pusat tuisyen Mathspower kerana cara belajar yang efisyen,kelas yang bersih,kawan yang menceriakan,tutor yang tegas & baik,tempat yg strategik,kelas yg sejuk dan memuatkan pelajar..Yang Benar Fariq😊😊
Marwan Irrsyad
Read More
Pada mulanya saya kurang meminati subjek Matematik dan sering gagal dlm peperiksaan . Namun setelah saya menyertai pusat tuisyen ini pada tahun lepas iaitu semasa saya berada di Tingkatan 4 saya semakin meminati subjek Matematik hasil didikan Cikgu Fahmi dan keputusan ujian saya semakin bertambah baik . Tambahan pula , pusat tuisyen ini juga mengadakan aktiviti menarik misalnya Jamuan Hari Raya . Akhir sekali , terdapat juga seminar SKOR SPM misalnya pada tahun ini terdapat seminar bahasa inggeris dan matematik yang sangat berguna untuk kami selaku pelajar calon SPM .
Close Menu