PENDAFTARANSESI 2027KINI DIBUKA

Lebih 10,500+ Ibu Bapa Telah Memilih Pusat Tuisyen Mathspower

Pendaftaran Sesi 2027 kini Dibuka.

Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya tingkatkan prestasi mereka di Pusat Tuisyen MathsPower. Sekolah Rendah & Menengah. Semua Subjek

Tutor bersama dua pelajar MathsPower yang tersenyum dan memegang buku
13 Tahun Kecemerlangan Akademik Sejak 2014

Pusat Tuisyen MathsPower Kini di 19 Lokasi

Semak jarak cawangan dari rumah anda.

Tuisyen Online ZoomBelajar secara langsung dari rumah Lihat Kelas

Anda tinggal di kawasan mana ?

Google Maps akan memaparkan laluan ke cawangan pilihan menggunakan lokasi semasa jika tersedia. Sila semak destinasi sebelum bergerak.

Subjek yang Ditawarkan

Darjah 1–6

BM, BI, Matematik & Sains

Tingkatan 1–3

BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah & Geografi

Tingkatan 4–5

BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, Ekonomi, Perniagaan, Fizik, Kimia, Biologi, Add Math & Prinsip Akaun

KALAU SAYA TAK BANTU ANAK,

SIAPA YANG AKAN BANTU ?...

…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.

PUSH FACTOR...

😧 Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang🤔. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress 😣 bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.

Sekali tengok soalan, mak aihh. 😬😵 Boleh tahan susahnya…

Saya yang dewasa ni pun tak tahu nak jawab. Takpe, selak muka surat sebelah…

Pusat Tuisyen Maths Power_Solan KBAT 3

Dalam hati lega “Haa ni barulah standard sekolah rendah… senang je ni”. 😌350ml × 5 = 1750 ml → tukar ke liter = 1.75L ✅. Kan dah kata senang je!

Sekali esoknya anak bagitau jawapan mama salah!😅 Eh? Dah kenapa pulak salah ni?

Rupa-rupanya sebab soalan tu cakap Mak Limah ambil air dari perigi buta…  Maknanya? Perigi tu kering! 😳 Takde air langsung! 5 kali ceduk pun… jawapannya 0 ml ! 💥😂

Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” 😳 Sukatan pelajaran semakin berat dan banyak soalan jenis tricky, KBAT dan perlukan lateral thinking. Kalau begini gayanya, tak pelik nanti silibus sekolah menengah jauh lebih mencabar.

😢 Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni markah peperiksaan anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.” 😭😭

TAK NAK ANAK TERUS TERTINGGAL

💪 Disebabkan hal ini saya nekad bantu anak. Kalau dibiarkan… takut nanti anak sendiri angkat bendera putih. Sebab bila asyik dapat markah rendah, lama-lama anak akan rasa macam… “aku memang tak pandai.” Dan waktu tu… bukan anak je yang kecewa, tetapi saya pun akan rasa gagal sebagai ibu.“Aiman, mama akan buat apa saja untuk awak… demi masa depan awak.”😭

MathsPower · Sejak 2014

Membina Keyakinan,
Menggilap Potensi,
Mencipta Kecemerlangan

Bermula dengan hanya sebuah pusat tuisyen pada tahun 2014, MathsPower kini berkembang menjadi rangkaian 19 cawangan, hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan perubahan positif anak-anak mereka.

🔥 DAFTAR SEKARANG

(Sementara kekosongan masih ada.)

Lihat Jadual & Yuran di Sini

Kenapa Anak Makin Lemah Walaupun Dah Belajar?

1# Anak Tidak Kuasai Asas

Cuba tanya anak, adakah mereka betul-betul faham topik asas seperti pecahan (sekolah rendah) atau algebra (sekolah menengah)? Bila asas lemah, anak akan terus ketinggalan untuk topik-topik lain seperti peratusan, ruang, atau data. Akhirnya, anak jadi keliru & hilang semangat bila belajar bab yang baru.

2# Anak Hilang Minat Belajar… Sebab Selalu Gagal

Berbuih mulut suruh anak belajar, tetapi tetap tak nak buka buku. Sebenarnya ia berpunca bila anak asyik dapat markah rendah dalam exam. Lama-lama anak akan fikir… “Tak guna pun belajar… aku tetap tak pandai.” Semangat nak belajar tu dah hilang. Sebab tu, buku tak dibuka. Yang dibukanya TikTok, YouTube, game. Sebab kat situ anak rasa ‘bebas’ dari rasa gagal.

3# Mak Ayah Sayang… Tapi Memang Sibuk

Balik kerja penat, rumah pun nak kena urus. Nak duduk ajar anak satu jam pun rasa susah. Tiba-tiba dah nak exam barulah rasa cemas. Tapi anak dah ketinggalan banyak topik. Kita tak salahkan mak ayah. Kita faham. Tapi inilah realitinya, anak makin jauh ketinggalan kalau tak dibantu dari awal.

Apa High Proven Strategies Yang Anak Akan Dapat Bila Belajar di Pusat Tuisyen Mathspower?

Tutor Berpengalaman di Pusat Tuisyen Mathspower

1# Cikgu Terlatih dan Berpengalaman

Anak susah fokus masa belajar? Kalau cikgu hanya mengajar tanpa interaksi, memang cepat bosan.

Sebab itu di MathsPower, setiap tutor dilatih menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi), pendekatan yang menaikkan semangat belajar sebelum masuk ke isi kandungan. Bila emosi & motivasi anak stabil, ilmu lebih mudah masuk dan kekal lama.

2# Tuisyen Kumpulan Kecil

Kelas kecil = fokus lebih tinggi.
Dengan bilangan pelajar yang terkawal, cikgu lebih mudah mengenal pasti masalah setiap pelajar dan beri bimbingan individu. Hasilnya? Pembelajaran lebih seronok, lebih efektif, dan anak tidak rasa tercicir.

3# Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen

Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah Output Learning.

Selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal, sambil dibimbing secara langsung oleh cikgu tersebut. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah faham, dan mereka boleh kuasai sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan.

Seminar Akademik di Pusat Tuisyen Mathspower

4# Seminar Akademik

Bila dekat nak exam je, ramai pelajar mula rasa takut dan tak yakin, walaupun dah banyak ulangkaji. Tapi ibu ayah jangan risau, kami sedia bantu anak melalui Seminar Akademik & Teknik Menjawab Soalan.

Program ini KHAS untuk pelajar tahun peperiksaan sahaja, dan direka untuk tingkatkan keyakinan, kefahaman dan strategi menjawab dengan betul.

Parent tutor meeting 2 di Pusat Tuisyen Mathspower

5# Laporan Prestasi Akademik

Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.

Kami percaya, kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah kunci kejayaan anak.

Pendekatan Pembelajaran MathsPower

Kaedah & Gaya Pengajaran Mudah yang Terbukti Berkesan

Dengan pendekatan interaktif dan mudah difahami, ribuan pelajar telah berjaya naikkan markah, dari cukup-cukup makan ke gred yang jauh lebih baik.

Interaktif • Mudah difahami • Berfokus
VIDEO MATHSPOWER
Suasana & Aktiviti Sebenar
Pratonton video aktiviti dan program MathsPower
Tekan untuk tonton dengan suara
Saksikan sendiri pengalaman bersama MathsPower.
Jika video tidak bermula secara automatik, tekan butang Play. Buka di YouTube
Setiap Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

Dan Ribuan Lagi Pelajar Telah Berjaya Bersama Mathspower!

Kejayaan Mereka, Senyuman Ibu Bapa

Dengar pengalaman sebenar pelajar yang telah belajar di tuisyen Mathspower.

Apa Kata Ibu Bapa Pelajar Maths Power?

Dengar sendiri testimoni mereka tentang suasana pembelajaran, guru yang berdedikasi, dan hasil yang terbukti.

Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_5
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_13
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_113
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_112
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_111
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_16
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_14
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_12
Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_9

Perkongsian Dari WhatsApp Ibu Bapa

Mereka berkongsi sendiri kegembiraan dan rasa syukur bila anak akhirnya menunjukkan perubahan besar dalam pelajaran.

Sekarang Giliran Anak Tuan/Puan Pula...

Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.

Ramai Pelajar dan Ibu Bapa Lain Dah Lihat Hasilnya…

Sekarang Giliran Anak Tuan/Puan Pula...

Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.

Soalan Lazim

TUTOR YANG MENGAJAR DI PUSAT TUISYEN NI CIKGU SEKOLAH KERAJAAN KE ?

Tidak semestinya. Tutor di Pusat Tuisyen Mathspower terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk mereka yang berpengalaman dalam pengajaran subjek tertentu. Setiap tutor melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk temuduga dan sesi mock teaching untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran mengajar yang cemerlang.
Kami percaya bahawa pengalaman mengajar dan kebolehan menyampaikan ilmu adalah lebih penting daripada status pekerjaan mereka. Dengan ini, kami mampu menawarkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk anak anda.

PUSAT TUISYEN MATHSPOWER NI HANYA MENAWARKAN SUBJEK MATEMATIK SAHAJA KE ?

Tidak. Walaupun nama kami mencerminkan fokus kepada Matematik, kami juga menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.

APA KELEBIHAN JIKA HANTAR ANAK DI PUSAT TUISYEN MATHSPOWER NI ?

Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.

Confirm ke kalau hantar kat pusat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?

Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.

Anak saya sangat lemah dalam pelajaran. Saya risau dia tak boleh mengikuti pembelajaran dalam kelas tuisyen bersama pelajar lain. Bagaimana pusat tuisyen Mathspower dapat membantu?

Jangan risau, kami di Pusat Tuisyen Mathspower telah berdepan dengan ramai pelajar seperti anak anda. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi yang boleh digilap, tidak kira di mana mereka bermula. Untuk pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pelajaran atau sering ketinggalan, kami menawarkan kelas individu yang memberi perhatian khusus kepada anak anda. Dalam kelas ini, tutor akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kemampuan dan keperluan anak anda.

Masih ada persoalan mengenai Pusat tuisyen mathspower yang belum terjawab?

Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.

MATHSPOWER 2027 Nak bantu anak? Jom semak kelas yang sesuai.
Jadual& Yuran

Galeri @Mathspower