Tuisyen Berkumpulan
Maksimum 16 pelajar dalam satu kelas, dilengkapi dengan modul bulanan dan suasana belajar yang kondusif.
Tuisyen Individu
Seorang pelajar, seorang tutor. Bimbingan khusus untuk anak anda dan terbukti paling berkesan. Tutor akan ke rumah anda.
Lokasi Cawangan Pusat Tuisyen Mathspower
PRESINT 11
No 8B 2nd Floor, Jalan P11 E/5, Presint 11 Putrajaya
Tel: 017-696 9281
PRESINT 15
No 45B Jalan Diplomatik, Presint 15 Putrajaya
Tel: 013-217 2129
PRESINT 16
No 4-3 Jalan P16/1, Presint 16 Putrajaya
Tel: 017-696 9271
DENGKIL
No 28A, Jalan Deluxe 2, Pusat Perdagangan Deluxe, Dengkil, Selangor
Tel: 017-696 1866
"Kejayaan sebenar pusat tuisyen adalah apabila berjaya mengubah pelajar yang lemah dan gagal untuk bergerak ke tahap yang seterusnya. Inilah yang kami telah lakukan sepanjang tahun."
Video Testimoni
"Markah peperiksaan saya semakin meningkat"
-Marwan Irrsyad, Tingkatan 5-
Aktiviti Tahunan Pusat Tuisyen
Menjadi tanggungjawab kami untuk merangka dan melaksanakan aktiviti tahunan yang berteraskan akademik, motivasi dan riadah kepada pelajar.
Soalan Lazim
Bagaimana nak daftar?
Pendaftaran pelajar boleh dibuat dengan mengisi borang secara online dan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Boleh juga terus ke pusat tusiyen untuk mendaftar. Klik disini untuk mendaftar.
Harini pusat tuisyen buka pukul berapa?
Waktu operasi kami adalah hari Isnin hingga Jumaat dari jam 3.30 petang – 10.00 malam. Waktu operasi hari sabtu pula dari jam 1 hingga 5 petang. Ahad tutup.
Tutor yang mengajar ni cikgu sekolah ke?
Kebanyakan tutor bukan daripada kalangan guru sekolah. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang, Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.
Pusat tuisyen mathspower ni hanya ajar subjek maths saja ke?
Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain. Untuk lihat pakej subjek ditawarkan dan yuran sila klik disini.
Apa yang special kalau hantar anak kat tusyen ni?
Tiada apa-apa yang special melainkan kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Pelajar yang sering membuat bising dan mengganggu pelajar lain akan diberhentikan. Pelbagai aktiviti tahunan dirangka untuk pelajar. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”.
Confirm ke kalau hantar kat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?
Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A.
anak saya ni lemah sikit & Selalu gagal dalam exam. saya takut dia tak dapat follow belajar dengan kawan-kawan lain dalam kelas nanti.
Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Kumpulan Kecil atau pakej Kelas Individu.
Masih ada persoalan yang belum terjawab?
Hubungi /Whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan.