Pendaftaran pusat tuisyen 2025 dibuka

Best Tuition Centre in Bandar Seri Putra

Unlock your child’s academic potential at Mathspower Tuition Centre, where we are dedicated to fostering excellence in education. Join us today!
Unlock your child’s academic potential at Mathspower Tuition Centre, where we are dedicated to fostering excellence in education. Join us today!
Pendaftaran pusat tuisyen 2025 dibuka

Best Tuition Centre in Bandar Seri Putra

Nak kami bantu anak? Lihat info jadual, yuran & kelas percubaan.

📍Pusat Tuisyen Mathspower Kini di 13 Lokasi

Waze lokasi kami untuk periksa jarak rumah anda ke pusat tuisyen.

Tuisyen Online Zoom
1. Bandar Seri Putra
2. Putrajaya Presint 15
3. Putrajaya Presint 16
4. Desa Pinggiran Putra
5. Cyberjaya, Neo Cyber
6. Cybersouth, Dengkil
7. Southville City
8. Putrajaya Presint 11
9. Prima Saujana Kajang
10. Taman Putra Perdana
11. Bandar Rinching
12. Bandar Baru Salak Tinggi
13. Alam Sari Bangi

Tuisyen Online Zoom

1. Bandar Seri Putra​

2. Presint 15, Putrajaya

3. Presint 16, Putrajaya

4. Desa Pinggiran Putra

5. Cyberjaya

6. Cybersouth, Dengkil

7. Southville City

8. Prima Saujana Kajang

9. Presint 11, Putrajaya

10. Taman Putra Perdana

11. Bandar Rinching Semenyih

12. Bandar Baru Salak Tinggi

13. Alam Sari Bangi

Subjek yang di tawarkan

🎓 Darjah 1-6: BM, BI, Matematik & Sains | 🎓 Tingkatan 1-3: BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah & Geografi | 🎓 Tingkatan 4-5: BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, Ekonomi, Perniagaan, Fizik, Kimia, Biologi, Add math, Prinsip akaun

Pusat Tuisyen Mathspower Bandar Seri Putra BSP_Pusat Tuisyen Bandar Sei Putra

Pusat Tuisyen Mathspower Bandar Seri Putra

☎️ 012-414 9211

KALAU SAYA TAK BANTU ANAK,

SIAPA YANG AKAN BANTU ?...

…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.

PUSH FACTOR...

😧 Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang🤔. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress 😣 bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.

Sekali tengok soalan, mak aihh. 😬😵Boleh tahan susahnya…

Pusat Tuisyen Maths Power_Solan KBAT Lateral Thinking 3

Saya yang dewasa ni pun tak tahu nak jawab. Takpe, selak muka surat sebelah…

Pusat Tuisyen Maths Power_Solan KBAT 3

Dalam hati lega “Haa ni barulah standard sekolah rendah… senang je ni”. 😌350ml × 5 = 1750 ml → tukar ke liter = 1.75L ✅. Kan dah kata senang je!

Sekali esoknya anak bagitau jawapan mama salah!😅 Eh? Dah kenapa pulak salah ni?

Rupa-rupanya sebab soalan tu cakap Mak Limah ambil air dari perigi buta…  Maknanya? Perigi tu kering! 😳 Takde air langsung! 5 kali ceduk pun… jawapannya 0 ml ! 💥😂

Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” 😳 Sukatan pelajaran semakin berat. Silibus sekolah menengah nanti macam mana laa agaknya.

😢 Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni result exam anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.” 😭😭

TAK NAK ANAK TERUS TERTINGGAL

💪 Disebabkan hal ini saya nekad bantu anak. Kalau dibiarkan… takut nanti anak sendiri angkat bendera putih. Bila asyik dapat markah rendah, lama-lama dia rasa macam… “aku memang tak pandai.” Dan waktu tu… bukan anak je yang kecewa. Saya pun akan rasa gagal sebagai ibu. “Aiman, mama sayang awak!😭

Komitmen Kami: Membina Keyakinan & Kecemerlangan Akademik

Dengan pengalaman melebihi 11 tahun dalam bidang pendidikan, Pusat Tuisyen MathsPower telah berkembang pesat daripada sebuah cawangan kepada 13 cawangan di seluruh Malaysia.

Sepanjang perjalanan ini, kami telah membimbing lebih daripada 8,500 pelajar daripada pelbagai peringkat akademik — membantu mereka bukan sahaja memahami pelajaran dengan lebih mendalam, tetapi juga mencapai keputusan yang cemerlang.

Di MathsPower, kami tidak terikat kepada pengajaran berasaskan buku semata-mata. Sebaliknya, kami menerapkan pendekatan pembelajaran eksklusif yang terbukti berkesan, dirangka untuk menjadikan proses pembelajaran lebih berstruktur, mudah difahami dan menyeronokkan — seterusnya meningkatkan keyakinan pelajar untuk berjaya dalam setiap subjek yang dipelajari.

🔥 DAFTAR SEKARANG

(Bertindak sebelum anak makin jauh tertinggal.)

Kenapa Anak Kita Makin Lemah Walaupun Dah Belajar?

1# Anak Tidak Kuasai Asas

Cuba tanya anak, adakah mereka betul-betul faham topik asas seperti pecahan (sekolah rendah) atau algebra (sekolah menengah)? Bila asas lemah, anak akan terus ketinggalan untuk topik-topik lain seperti peratusan, ruang, atau data. Akhirnya, anak jadi keliru & hilang semangat bila belajar bab yang baru.

2# Anak Hilang Minat Belajar… Sebab Selalu Gagal

Berbuih mulut suruh anak belajar, tetapi tetap tak nak buka buku. Sebenarnya ia berpunca bila anak asyik dapat markah rendah dalam exam. Lama-lama anak akan fikir… “Tak guna pun belajar… aku tetap tak pandai.” Semangat nak belajar tu dah hilang. Sebab tu, buku tak dibuka. Yang dibukanya — TikTok, YouTube, game. Sebab kat situ anak rasa ‘bebas’ dari rasa gagal. Bahaya ni.

3# Mak Ayah Sayang… Tapi Memang Sibuk

Balik kerja penat, rumah pun nak kena urus. Nak duduk ajar anak satu jam pun rasa susah. Tiba-tiba dah nak exam — barulah rasa cemas. Tapi anak dah ketinggalan banyak topik. Kita tak salahkan mak ayah. Kita faham. Tapi inilah realitinya — anak makin jauh ketinggalan kalau tak dibantu dari awal.

Apa High Proven Strategies Yang Anak Akan Dapat Bila Belajar di Pusat Tuisyen Mathspower?

Tutor Berpengalaman di Pusat Tuisyen Mathspower

1# Cikgu Terlatih dan Berpengalaman

Anak susah fokus semasa kelas? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar, confirm laa bosan.

Sebab itu kami menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi) dalam setiap sesi pembelajaran — untuk menaikkan dulu semangat belajar dalam diri anak. Bila semangat dah ada, baru laa ilmu senang nak masuk.

2# Tuisyen Kumpulan Kecil

Best kan bila anak dapat belajar dalam kelas yang tak ramai orang? Apabila bilangan pelajar sedikit, cikgu-cikgu kami boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah setiap pelajar dengan lebih mudah.

Lebih tumpuan dapat diberikan kepada anak, dan ini membuatkan sesi pembelajaran jadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

3# Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen

Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah Output Learning.

Senang cerita — lepas cikgu ajar, pelajar akan terus buat latihan topikal, sambil dibimbing secara langsung oleh cikgu. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah faham, dan mereka boleh kuasai sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan.

Seminar Akademik di Pusat Tuisyen Mathspower

4# Seminar Akademik

Bila dekat nak exam je, ramai pelajar mula rasa takut dan tak yakin, walaupun dah banyak ulangkaji. Tapi ibu ayah jangan risau — kami sedia bantu anak melalui Seminar Akademik & Teknik Menjawab Soalan.

Program ini KHAS untuk pelajar tahun peperiksaan sahaja, dan direka untuk tingkatkan keyakinan, kefahaman dan strategi menjawab dengan betul.

Parent tutor meeting 2 di Pusat Tuisyen Mathspower

5# Laporan Prestasi Akademik

Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.

Kami percaya, kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah kunci kejayaan anak.

Anak Anda Pasti Mampu Menguasai Pelajaran dengan 3 Langkah Mudah di Mathspower:

1# Komited

Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan—ia bermula dengan komitmen yang teguh. Di Mathspower, kami memastikan anak anda bukan sekadar hadir ke kelas, tetapi hadir dengan tujuan iaitu untuk memahami, menguasai, dan menerapkan apa yang dipelajari. Dengan pendekatan pembelajaran berstruktur dan berfokus, kami membantu anak anda membina asas yang kukuh, meningkatkan keyakinan diri, dan mencapai potensi sebenar mereka. 

2# Aktif

Di Mathspower, kami galakkan anak anda untuk lebih berani bertanya dan tidak takut mengakui jika ada topik yang mereka kurang faham. Dengan suasana pembelajaran yang mesra dan menyokong, guru-guru kami memastikan setiap soalan dijawab dengan jelas sehingga anak anda benar-benar memahami dan menguasai topik tersebut. Kami percaya, bertanya adalah langkah pertama menuju kejayaan!

3# Rajin

Kejayaan bermula dengan usaha yang konsisten. Di Mathspower, anak anda akan dibimbing melalui latihan intensif dan modul khas yang direka mengikut keperluan individu. Latihan ini bukan sahaja membantu mereka memahami topik dengan lebih mendalam, tetapi juga membina disiplin dan tabiat belajar yang membawa kepada keputusan cemerlang.

Kaedah & Gaya Pengajaran Mudah yang Terbukti Berkesan

Dengan pendekatan interaktif dan mudah faham, ribuan pelajar berjaya naikkan markah — dari cukup-cukup makan ke gred yang jauh lebih baik. 

Dan Ribuan Lagi Pelajar Telah Berjaya Bersama Mathspower!

🔊 Apa Kata Pelajar Kami

🔊 Dengar Apa Kata Ibu Bapa

Lebih 500 testimoni ibu bapa & pelajar yang berpuas hati
Pusat Tuisyen Mathspower_tingkat_
Pusat Tuisyen Mathspower_Testimoni Gagal Dapat A_
Pusat Tuisyen Mathspower_MRSM_
Pusat Tuisyen Mathspower_F ke A_
Pusat Tuisyen Mathspower_Testimoni Kimia dapat A
Pusat Tuisyen Mathspower_math d3_

Ramai Pelajar dan Ibu Bapa Lain Dah Lihat Hasilnya…

Sekarang Giliran Anak Tuan/Puan Pula...

Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.

📌 Trial class Percuma disediakan. Anak boleh cuba dulu, baru buat keputusan.

Ramai Pelajar dan Ibu Bapa Lain Dah Lihat Hasilnya…

Sekarang Giliran Anak Tuan/Puan Pula...

Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.

📌 Trial class Percuma disediakan. Anak boleh cuba dulu, baru buat keputusan.

Soalan Lazim

TUTOR YANG MENGAJAR DI PUSAT TUISYEN NI CIKGU SEKOLAH KERAJAAN KE ?

Tidak semestinya. Tutor di Pusat Tuisyen Mathspower terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, termasuk mereka yang berpengalaman dalam pengajaran subjek tertentu. Setiap tutor melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk temuduga dan sesi mock teaching untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran mengajar yang cemerlang.
Kami percaya bahawa pengalaman mengajar dan kebolehan menyampaikan ilmu adalah lebih penting daripada status pekerjaan mereka. Dengan ini, kami mampu menawarkan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk anak anda.

PUSAT TUISYEN MATHSPOWER NI HANYA MENAWARKAN SUBJEK MATEMATIK SAHAJA KE ?

Tidak. Walaupun nama kami mencerminkan fokus kepada Matematik, kami juga menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.

APA KELEBIHAN JIKA HANTAR ANAK DI PUSAT TUISYEN MATHSPOWER NI ?

Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.

Confirm ke kalau hantar kat pusat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?

Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.

Anak saya sangat lemah dalam pelajaran. Saya risau dia tak boleh mengikuti pembelajaran dalam kelas tuisyen bersama pelajar lain. Bagaimana pusat tuisyen Mathspower dapat membantu?

Jangan risau, kami di Pusat Tuisyen Mathspower telah berdepan dengan ramai pelajar seperti anak anda. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi yang boleh digilap, tidak kira di mana mereka bermula. Untuk pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pelajaran atau sering ketinggalan, kami menawarkan kelas individu yang memberi perhatian khusus kepada anak anda. Dalam kelas ini, tutor akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kemampuan dan keperluan anak anda.

Masih ada persoalan mengenai Pusat tuisyen mathspower yang belum terjawab?

Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.

Khairul Rizal
Read More
Pusat tuisyen ini sgt membantu dgn kemahiran guru yg memberi teknik latihan dan tunjuk ajar yg mudah pd pelajar.
Luqman Fiqhri
Read More
Saya suka Pusat Tuisyen Mathspower ini kerana ia memberi manfaat kepada saya.Tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan.Guru di MathsPower ini telah mengajar saya sedaya upaya mereka untuk saya faham dalam sesuatu topik. MathsPower is the best!
Nur Aliya Fasihah Mohd Suriza
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana pusat tuisyen ini mempunyai kawasan pembelajaran yang selesa seperti mempunyai pendingin hawa . Selain itu , guru - guru yang mengajar saya amatlah baik dan proses pembelajaran amatlah mudah kerana dibekalkan modul yang mempunyai pelbagai nota dan latihan . TQ MATHSPOWER <3
Ahmad Firdaus
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana guru-guru mengajar dengan cara yang mudah dan senang difahami. Suasana yang selesa dan luas jugak menjadi faktor utama untuk saya belajar dengan baik. Kawan- kawan juga yang akan membantu menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar saya fahami.
Fariq
Read More
Saya suka belajar di pusat tuisyen Mathspower kerana cara belajar yang efisyen,kelas yang bersih,kawan yang menceriakan,tutor yang tegas & baik,tempat yg strategik,kelas yg sejuk dan memuatkan pelajar..Yang Benar Fariq😊😊
Marwan Irrsyad
Read More
Pada mulanya saya kurang meminati subjek Matematik dan sering gagal dlm peperiksaan . Namun setelah saya menyertai pusat tuisyen ini pada tahun lepas iaitu semasa saya berada di Tingkatan 4 saya semakin meminati subjek Matematik hasil didikan Cikgu Fahmi dan keputusan ujian saya semakin bertambah baik . Tambahan pula , pusat tuisyen ini juga mengadakan aktiviti menarik misalnya Jamuan Hari Raya . Akhir sekali , terdapat juga seminar SKOR SPM misalnya pada tahun ini terdapat seminar bahasa inggeris dan matematik yang sangat berguna untuk kami selaku pelajar calon SPM .

Nak kami bantu anak? Lihat info jadual, yuran & kelas percubaan.

Close Menu