The Best Tuition Center in Putrajaya
Belajar secara bersemuka di pusat tuisyen atau secara online melalui platform zoom. Darjah 1 – tingkatan 5. Semua Subjek.
Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.
Waze lokasi kami untuk periksa jarak rumah anda ke pusat tuisyen.
…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu anak susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.
Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.
Sekali tengok soalan, mak aihh. Boleh tahan susahnya. Saya yang dewasa ni pun tak tahu jawab soalan tu.
Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” Sukatan pelajaran semakin berat. Darjah 6 pun dah belajar topik takaful & insuran. Belum lagi silibus sekolah menengah.
Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni result exam anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.”
Disebabkan hal ini saya nekad untuk bantu anak. Kalau dibiarkan takut nanti anak jadi down, frust dan paling sedih kalau anak terus tak minat belajar. Susah laa nak masuk universiti nanti.
Dalam hati ni “Aiman, mama teringin sangat nak kau jadi macam anak kawan mama tu. Setiap kali exam mesti skor”…
Insya-Allah dengan pengalaman selama 10 tahun mengajar lebih daripada 6500 pelajar, kami akan kongsikan step by step proven formula untuk anak lebih cepat FAHAM dalam setiap pelajaran dengan MUDAH.
1# Tidak Kuasai Asas
Cuba tanya anak. Adakah mereka dah kuasai topik pecahan (sekolah rendah) dan rumus algebra (sekolah menengah) ? Bila anak lemah topik ini, dia juga akan lemah tajuk-tajuk lain yang bersangkut paut dengannya seperti tajuk wang, masa, perpuluhan, pengendalian data, ruang dan tajuk isipadu. Kesudahan nanti anak akan blur & lost bila belajar tajuk baru.
2# Anak Tidak Minat Belajar.
Dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh anak belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya mak ayah yang tension.
3# Sibuk & Bertangguh-tangguh
Dah dekat tarikh exam barulah mak ayah risau tentang pelajaran anak. Masa tu barulah kelam kabut nak mengajar atau cari pusat tuisyen untuk anak. Tapi sedihnya… risau tak sempat sebab anak perlu ulangkaji banyak topik dari awal sehingga akhir termasuklah topik-topik tahun lepas. Akhirnya anak jadi down, buntu, blur dan tak tahu nak buat apa. Kesian sangat.
Kaedah dan Gaya Pengajaran yang Mudah dan Senang Untuk Difahami.
Terbukti telah Membantu Lebih dari 6500 Orang Pelajar untuk Improve Result dari Gred Markah Cukup-Cukup Makan Ke Gred Markah Yang Lebih Tinggi.
Dan Ramai Lagi Pelajar Telah Berjaya!
Anak tak dapat fokus semasa kelas? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Sebab itu kami menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi) dalam setiap sesi pembelajaran bagi menaikkan semangat belajar dalam diri anak. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar di Pusat Tuisyen Mathspower.
Best kan bila anak dapat belajar dalam kelas yang tak ramai orang ? Apabila bilangan pelajar sedikit, cikgu-cikgu kami boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah setiap pelajar dengan lebih mudah. Lebih tumpuan dapat diberikan kepada anak dan membuatkan sesi pembelajaran lebih berkesan.
Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.
Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.
Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.
1# Komited
Bermula awal dan mengikuti kelas dengan bersungguh mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2# Aktif
Tidak malu dan terus bertanya kepada cikgu jika ada topik yang masih tidak jelas.
3# Rajin
Mengukuhkan pemahaman selepas sesi pembelajaran dengan membuat ulangkaji dan latihan menggunakan modul tuisyen.
Penubuhan Pusat Tuisyen Mathspower adalah berdasarkan kepada keperluan untuk mengasah dan melengkapkan pendidikan akademik para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Fokus utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan berkesan, seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Kebanyakan tutor di Pusat Tuisyen Mathspower ini bukan daripada kalangan guru sekolah kerajaan. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang. Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.
Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Sains, English, Sejarah, Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan lain-lain subjek.
Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”. Pelbagai langkah telah diambil termasuk pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan teknik-teknik terkini dalam pengajaran bilik darjah bagi menambah keberkesanan sesi P&P.
Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan.
Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Individu.
Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.
Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.