" Anak Mudah Faham Bila Tuisyen Online di Mathspower "

Belajar secara live melalui platform zoom. Darjah 1 – tingkatan 5. Semua Subjek.
Belajar secara live online melalui platform zoom. Darjah 1 – tingkatan 5. Semua Subjek.

" Anak Mudah Faham bila Tuisyen Online di Mathspower "

Nak kami bantu anak ? Daftar sementara masih ada kekosongan.

KALAU SAYA TAK BANTU ANAK,

SIAPA YANG AKAN BANTU ?...

…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu anak susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.

PUSH FACTOR...

😧 Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.

Sekali tengok soalan, mak aihh. 😬😵 Boleh tahan susahnya. Saya yang dewasa ni pun tak tahu jawab soalan tu.

Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” Sukatan pelajaran semakin berat. Darjah 6 pun dah belajar topik takaful & insuran.🤔 Belum lagi silibus sekolah menengah.

😢 Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni result exam anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.” 😭😭

Titik Tolak Perubahan...

Disebabkan hal ini saya nekad untuk bantu anak. Kalau dibiarkan takut nanti anak jadi down, frust dan paling sedih kalau anak terus tak minat belajar. Susah laa nak masuk universiti nanti.

Dalam hati ni “Aiman, mama teringin sangat nak kau jadi macam anak kawan mama tu. Setiap kali exam mesti skor”

Insya-Allah dengan pengalaman selama 10 tahun mengajar lebih daripada 6500 pelajar, kami akan kongsikan step by step proven formula untuk anak lebih cepat FAHAM dalam setiap pelajaran dengan MUDAH.

Kelas Tuisyen Online Mathspower ini dijalankan secara berfokus dengan kumpulan pelajar yang kecil melalui aplikasi 🎦 Zoom.

✍️ Kaedah dan Gaya Pengajaran yang Mudah dan Senang untuk Difahami.

Terbukti Telah Membantu Ramai Pelajar untuk Improve Result dari Gred Markah Cukup-Cukup Makan ke Gred Markah yang Lebih Tinggi🚀🚀

Dan Ramai yang Sudah Membuktikan Bersama Kami ! 👩‍🎓👨‍🎓

Punca Anak Lemah Dalam Pelajaran

1# Tidak Kuasai Asas

Cuba tanya anak. Adakah mereka dah kuasai topik pecahan (sekolah rendah) dan rumus algebra (sekolah menengah) ? Bila anak lemah topik ini, dia juga akan lemah tajuk-tajuk lain yang bersangkut paut dengannya seperti tajuk wang, masa, perpuluhan, pengendalian data, ruang dan tajuk isipadu. Kesudahan nanti anak akan blur & lost bila belajar tajuk baru.

2# Anak Tidak Minat Belajar.

Dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh anak belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya mak ayah yang tension.

3# Sibuk & Bertangguh-tangguh

Dah dekat tarikh exam barulah mak ayah risau tentang pelajaran anak. Masa tu barulah kelam kabut nak mengajar atau cari pusat tuisyen untuk anak. Tapi sedihnya… risau tak sempat sebab anak perlu ulangkaji banyak topik dari awal sehingga akhir termasuklah topik-topik tahun lepas. Akhirnya anak jadi down, buntu, blur dan tak tahu nak buat apa. Kesian sangat.

Apa High Proven Strategies Yang Anak Akan Dapat Bila Belajar di Kelas Tuisyen Online ini ?

1# Cikgu Terlatih dan Berpengalaman

Kelas Tuisyen Online bosan ? Kalau sepanjang kelas cikgu hanya mengajar confirm laa bosan. Jangan risau, cikgu-cikgu kami tahu bagaimana nak menjadikan sesi belajar lebih seronok. Alami sendiri pengalaman menyeronokkan belajar secara online bersama cikgu-cikgu kami.

2# Platform Tuisyen Online yang Stabil

Tak best kan bila tengah kelas kelas tiba-tiba suara tersekat-sekat dan video jadi beku. Sebab itu kami menggunakan platform ZOOM yang terbukti lebih stabil berbanding platform-platform yang lain.

3# Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen Online

Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah output learning. Senang cerita selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal sambil dibimbing oleh cikgu. Melalui cara ini anak akan mudah faham dan boleh menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.

4# RAKAMAN KELAS

Kajian menunjukkan, majoriti pelajar hanya mampu ingat 10% dari apa yang diajar selepas 30 hari. Sedih kan? Oleh itu elemen pengulangan dalam proses belajar sangat penting untuk anak terus kekal ingat. Kini anak anda boleh mengulangkaji pelajaran dengan hanya menonton video-video pembelajaran topik-topik lepas.

5# Seminar Akademik

Bila dekat nak exam je ramai pelajar akan rasa takut dan tak yakin walaupun dah banyak study. Tapi ibu ayah jangan risau sebab kami boleh bantu anak melalui seminar akademik dan teknik menjawab soalan. Program ini Khas untuk pelajar-pelajar tahun peperiksaan sahaja.

6# Laporan Prestasi Akademik

Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.

Anak Pasti Boleh Menguasai Pelajaran Sekiranya Ada 3 Perkara Ini:

1# Komited

Bermula Awal dan Mengikuti Kelas Tuisyen Online dengan Bersungguh-sungguh Mengikut Jadual yang Telah Ditetapkan.

2# Aktif

Tidak Malu dan Terus Bertanya Kepada Cikgu Jika Ada Topik yang Masih Tidak Jelas.

3# Rajin

 Mengukuhkan Pemahaman Selepas Sesi Pengajaran Dengan Membuat Ulangkaji dan Latihan di Dalam Modul Tuisyen.

🔊 Lihat feedback Ibu Bapa Semasa Sesi Perjumpaan ibu bapa-tutor

Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_1
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_3
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_4
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_2
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_5
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_9
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_12
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_15
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_7
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_10
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_13
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_16
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_8
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_11
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_14
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Ibu Bapa_6
🔊 Apa kata pelajar 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_1
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_5
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_2
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_6
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_3
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_7
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_4
Play Video about Pusat Tuisyen Mathspower_Maklum Balas Pelajar_8
Tentang Pusat Tuisyen Mathspower

Penubuhan Pusat Tuisyen Mathspower adalah berdasarkan kepada keperluan untuk mengasah dan melengkapkan pendidikan akademik para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Fokus utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan berkesan, seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Soalan Lazim

Bagaimana nak daftar?

Pendaftaran pelajar untuk tuisyen online ini boleh dibuat dengan mengisi borang secara online dan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Boleh juga terus ke pusat tusiyen untuk mendaftar. Klik disini untuk mendaftar.

Bagaimana Tuisyen Online Ini dijalankan ?

Kami menggunakan platform zoom. Link zoom akan diberi kepada pelajar sebelum kelas bermula.

Tutor yang mengajar ni cikgu sekolah ke?

Kebanyakan tutor bukan daripada kalangan guru sekolah. Tenaga pengajar kami datang daripada pelbagai latar belakang, Kesemuanya telah ditapis melalui sesi temuduga dan mock teaching yang ketat. Bukan calang-calang tutor yang kami pilih untuk mengajar anak-anak anda.

Pusat tuisyen mathspower ni hanya ajar subjek maths saja ke?

Tidak. Selain subjek matematik kami turut menawarkan subjek-subjek lain. Untuk lihat pakej subjek ditawarkan dan yuran sila klik disini.

Apa yang special kalau hantar anak kat tusyen ni?

Kami sentiasa memantau kualiti pengajaran tutor-tutor kami di dalam setiap kelas. Maklum balas tahap kepuasan dan kefahaman dari pelajar juga kami ambil supaya kami tak rasa “syok sendiri”.

Confirm ke kalau hantar kat tusyen ni anak saya dapat skor A dalam exam?

Kami tidak menjanjikan anak anda dapat A dalam peperiksaan kerana kecemerlangan akademik bergantung kepada banyak faktor seperti usaha pelajar itu sendiri dan pemantauaan dari ibu bapa. Tetapi majoriti pelajar-pelajar kami menunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan seperti dari gred E menjadi D, D menjadi C, C menjadi B dan B menjadi A.

anak saya ni lemah sikit & Selalu gagal dalam exam. saya takut dia tak dapat follow belajar dengan kawan-kawan lain dalam kelas nanti.

Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Tetapi tidak bermakna perkara ini harus diambil mudah oleh semua orang. Bagi pelajar yang lemah dan kerap gagal (biasanya dalam subjek math, sains dan add math) kami cadangkan untuk mengambil pakej Kelas Individu.

Masih ada persoalan mengenai kelas tuisyen online yang belum terjawab?

Whatsapp admin untuk sebarang pertanyaan.

Khairul Rizal
Read More
Pusat tuisyen ini sgt memuaskan dgn kemahiran guru yg memberi teknik latihan dan tunjuk ajar yg mudah pd pelajar.
Luqman Fiqhri
Read More
Saya suka MathsPower ini kerana ia memberi manfaat kepada saya.Tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan.Guru di MathsPower ini telah mengajar saya sedaya upaya mereka untuk saya faham dalam sesuatu topik.Tempat MathsPower is the best
Nur Aliya Fasihah Mohd Suriza
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana pusat tuisyen ini mempunyai kawasan pembelajaran yang selesa seperti mempunyai pendingin hawa . Selain itu , guru - guru yang mengajar saya amatlah baik dan proses pembelajaran amatlah mudah kerana dibekalkan modul yang mempunyai pelbagai nota dan latihan . TQ MATHSPOWER <3
Ahmad Firdaus
Read More
Saya suka belajar di Pusat Tuisyen Maths Power kerana guru-guru mengajar dengan cara yang mudah dan senang difahami. Suasana yang selesa dan luas jugak menjadi faktor utama untuk saya belajar dengan baik. Kawan- kawan juga yang akan membantu menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar saya fahami.
Fariq
Read More
Saya suka belajar di pusat tuisyen Mathspower kerana cara belajar yang efisyen,kelas yang bersih,kawan yang menceriakan,tutor yang tegas & baik,tempat yg strategik,kelas yg sejuk dan memuatkan pelajar..Yang Benar Fariq😊😊
Marwan Irrsyad
Read More
Pada mulanya saya kurang meminati subjek Matematik dan sering gagal dlm peperiksaan . Namun setelah saya menyertai pusat tuisyen ini pada tahun lepas iaitu semasa saya berada di Tingkatan 4 saya semakin meminati subjek Matematik hasil didikan Cikgu Fahmi dan keputusan ujian saya semakin bertambah baik . Tambahan pula , pusat tuisyen ini juga mengadakan aktiviti menarik misalnya Jamuan Hari Raya . Akhir sekali , terdapat juga seminar SKOR SPM misalnya pada tahun ini terdapat seminar bahasa inggeris dan matematik yang sangat berguna untuk kami selaku pelajar calon SPM .
Close Menu