Pusat Tuisyen MathsPower
Kuarters KLIA
Kuarters KLIA, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Google Maps akan menunjukkan laluan dan masa perjalanan apabila lokasi tersedia.
Pendaftaran Sesi 2027 kini Dibuka.
Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya tingkatkan prestasi mereka di Pusat Tuisyen MathsPower. Sekolah Rendah & Menengah. Semua Subjek
Google Maps akan menunjukkan laluan dan masa perjalanan apabila lokasi tersedia.
Semak jarak cawangan dari rumah anda.
Anda tinggal di kawasan mana ?
Google Maps akan memaparkan laluan ke cawangan pilihan menggunakan lokasi semasa jika tersedia. Sila semak destinasi sebelum bergerak.
BM, BI, Matematik & Sains
BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah & Geografi
BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, Ekonomi, Perniagaan, Fizik, Kimia, Biologi, Add Math & Prinsip Akaun
…Teringat pasal anak saya, Aiman. Dulu susah sangat nak belajar. Setiap kali balik sekolah je terus tengok tv, main game & tidur.
Tapi satu hari tu ada peristiwa yang betul-betul buatkan saya berfikir panjang
. Tengah sibuk melayan adik-adik lain tiba-tiba Aiman dengan muka stress
bawa buku datang tanya soalan homework matematik. Saya cakap “Aiman releks laa. Jangan stress-stress. Meh sini mama ajar”.
Sekali tengok soalan, mak aihh. Boleh tahan susahnya…
Saya yang dewasa ni pun tak tahu nak jawab. Takpe, selak muka surat sebelah…
Dalam hati lega “Haa ni barulah standard sekolah rendah… senang je ni”. 😌350ml × 5 = 1750 ml → tukar ke liter = 1.75L ✅. Kan dah kata senang je!
Sekali esoknya anak bagitau jawapan mama salah!😅 Eh? Dah kenapa pulak salah ni?
Rupa-rupanya sebab soalan tu cakap Mak Limah ambil air dari perigi buta… Maknanya? Perigi tu kering! 😳 Takde air langsung! 5 kali ceduk pun… jawapannya 0 ml ! 💥😂
Dalam hati… “Advance betul soalan matematik sekolah rendah sekarang.” 😳 Sukatan pelajaran semakin berat dan banyak soalan jenis tricky, KBAT dan perlukan lateral thinking. Kalau begini gayanya, tak pelik nanti silibus sekolah menengah jauh lebih mencabar.
Dari momen ini terdetik di hati “Patut laa selama ni markah peperiksaan anak asyik kelaut. Aku sendiri tengok soalan pun dah susah inikan pula anak.”
💪 Disebabkan hal ini saya nekad bantu anak. Kalau dibiarkan… takut nanti anak sendiri angkat bendera putih. Sebab bila asyik dapat markah rendah, lama-lama anak akan rasa macam… “aku memang tak pandai.” Dan waktu tu… bukan anak je yang kecewa, tetapi saya pun akan rasa gagal sebagai ibu.“Aiman, mama akan buat apa saja untuk awak… demi masa depan awak.”
Bermula dengan hanya sebuah pusat tuisyen pada tahun 2014, MathsPower kini berkembang menjadi rangkaian 19 cawangan, hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan perubahan positif anak-anak mereka.
(Sementara kekosongan masih ada.)
1# Anak Tidak Kuasai Asas
Cuba tanya anak, adakah mereka betul-betul faham topik asas seperti pecahan (sekolah rendah) atau algebra (sekolah menengah)? Bila asas lemah, anak akan terus ketinggalan untuk topik-topik lain seperti peratusan, ruang, atau data. Akhirnya, anak jadi keliru & hilang semangat bila belajar bab yang baru.
2# Anak Hilang Minat Belajar… Sebab Selalu Gagal
Berbuih mulut suruh anak belajar, tetapi tetap tak nak buka buku. Sebenarnya ia berpunca bila anak asyik dapat markah rendah dalam exam. Lama-lama anak akan fikir… “Tak guna pun belajar… aku tetap tak pandai.” Semangat nak belajar tu dah hilang. Sebab tu, buku tak dibuka. Yang dibukanya TikTok, YouTube, game. Sebab kat situ anak rasa ‘bebas’ dari rasa gagal.
3# Mak Ayah Sayang… Tapi Memang Sibuk
Balik kerja penat, rumah pun nak kena urus. Nak duduk ajar anak satu jam pun rasa susah. Tiba-tiba dah nak exam barulah rasa cemas. Tapi anak dah ketinggalan banyak topik. Kita tak salahkan mak ayah. Kita faham. Tapi inilah realitinya, anak makin jauh ketinggalan kalau tak dibantu dari awal.
Anak susah fokus masa belajar? Kalau cikgu hanya mengajar tanpa interaksi, memang cepat bosan.
Sebab itu di MathsPower, setiap tutor dilatih menggunakan Teknik SMI (Solusi, Motivasi & Inspirasi), pendekatan yang menaikkan semangat belajar sebelum masuk ke isi kandungan. Bila emosi & motivasi anak stabil, ilmu lebih mudah masuk dan kekal lama.
Kelas kecil = fokus lebih tinggi.
Dengan bilangan pelajar yang terkawal, cikgu lebih mudah mengenal pasti masalah setiap pelajar dan beri bimbingan individu. Hasilnya? Pembelajaran lebih seronok, lebih efektif, dan anak tidak rasa tercicir.
Tujuan modul ini adalah untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih berfokus melalui kaedah Output Learning.
Selepas cikgu mengajar, pelajar akan terus buat latihan topikal, sambil dibimbing secara langsung oleh cikgu tersebut. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah faham, dan mereka boleh kuasai sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan.
Bila dekat nak exam je, ramai pelajar mula rasa takut dan tak yakin, walaupun dah banyak ulangkaji. Tapi ibu ayah jangan risau, kami sedia bantu anak melalui Seminar Akademik & Teknik Menjawab Soalan.
Program ini KHAS untuk pelajar tahun peperiksaan sahaja, dan direka untuk tingkatkan keyakinan, kefahaman dan strategi menjawab dengan betul.
Dari masa ke semasa markah peperiksaan anak akan diteliti oleh cikgu-cikgu kami. Mereka akan berhubung terus dengan anda bagi membincangkan prestasi akademik anak dan mencari jalan penyelesaiaan bersama.
Kami percaya, kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah kunci kejayaan anak.
Dengan pendekatan interaktif dan mudah difahami, ribuan pelajar telah berjaya naikkan markah, dari cukup-cukup makan ke gred yang jauh lebih baik.
Interaktif • Mudah difahami • Berfokus
Dengar pengalaman sebenar pelajar yang telah belajar di tuisyen Mathspower.
Dengar sendiri testimoni mereka tentang suasana pembelajaran, guru yang berdedikasi, dan hasil yang terbukti.
Mereka berkongsi sendiri kegembiraan dan rasa syukur bila anak akhirnya menunjukkan perubahan besar dalam pelajaran.





































Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.
Ramai Pelajar dan Ibu Bapa Lain Dah Lihat Hasilnya…
Ramai ibu bapa yang dulu risau, sekarang dah senyum bila tengok anak makin yakin & skor dalam exam. Kalau mereka boleh buat perubahan, anak tuan/puan pun InsyaAllah boleh dengan bimbingan yang betul.
PANDUAN UNTUK IBU BAPA
Ada persoalan sebelum mendaftarkan anak? Kami sediakan jawapan ringkas untuk membantu anda membuat pilihan.
Tidak semestinya. Tutor kami datang daripada pelbagai latar belakang dan melalui proses pemilihan termasuk temu duga serta demonstrasi pengajaran (mock teaching). Kami mengutamakan penguasaan subjek, kemahiran mengajar dan kebolehan membimbing pelajar.
Tidak. Selain Matematik, kami turut menawarkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan subjek menengah atas seperti Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan serta subjek lain. Pilihan subjek bergantung pada tahap persekolahan dan jadual cawangan.
Antara pendekatan kami ialah kelas kumpulan kecil, tutor yang dipilih dan dilatih, modul pembelajaran khas, latihan berfokus serta pemantauan prestasi. Kami juga menggalakkan komunikasi bersama ibu bapa bagi membantu perkembangan pembelajaran anak secara berterusan.
Kami tidak menjanjikan gred tertentu kerana pencapaian bergantung pada pelbagai faktor, termasuk tahap penguasaan awal, kehadiran, latihan dan usaha pelajar. Fokus kami adalah untuk membantu anak mengukuhkan asas, meningkatkan kefahaman dan membina keyakinan secara berperingkat.
Boleh. Setiap anak mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Melalui kelas kumpulan kecil, tutor dapat memberi perhatian yang lebih terarah. Jika anak memerlukan bimbingan lebih intensif, pasukan kami juga boleh membantu anda mempertimbangkan pilihan kelas individu yang sesuai.
Anda boleh pilih cawangan MathsPower, kemudian semak tahap persekolahan, kumpulan kelas, jadual dan yuran yang berkaitan. Maklumat mungkin berbeza mengikut cawangan.
Mulakan dengan memilih cawangan dan menyemak jadual serta yuran. Setelah memilih kelas yang sesuai, tekan butang Daftar Sekarang dan lengkapkan maklumat pada borang pendaftaran.
Sudah bersedia untuk memilih kelas anak?
Lihat Jadual & Yuran →Tanya kami tentang kelas, subjek atau pendaftaran anak anda.
WhatsApp Team SalesSuasana pembelajaran, program dan aktiviti sebenar bersama MathsPower.