STUDENT JOURNEY 2026

“Sebelum ke bahagian yuran, jom lihat dulu bagaimana kami susun perjalanan pembelajaran anak di Pusat Tuisyen Mathspower dari Januari hingga Disember.”

LEVEL 1
Januari - Mac

#1 POWER FOUNDATION

Awal tahun adalah masa paling best untuk anak mula “tune-in” dengan belajar. Topik di sekolah masih ringan, mood pun masih fresh. Dalam fasa ini, kami bantu anak:

  • Fahamkan topik asas dahulu.
  • Biasakan diri dengan rutin belajar yang konsisten.
  • Belajar dalam suasana kelas kecil yang lebih fokus.
  • Bina keyakinan supaya mereka tak rasa “blur” bila silibus sekolah mula laju nanti.

Kalau foundation dah okay, perjalanan seterusnya pasti akan lebih smooth.

LEVEL 2
April - Jun

#2 POWER DEVELOPMENT

Bila masuk pertengahan tahun, sekolah mula masuk bab yang sedikit mencabar. Kalau anak tak cukup kuat foundation, masa ini memang ramai pelajar mula hilang momentum. Dalam kelas tuisyen kami, anak akan:

  • Buat latihan ikut topik semasa sekolah.
  • Faham konsep step-by-step.
  • Buat latihan pengukuhan setiap minggu.
  • Belajar teknik yang bantu anak lebih yakin untuk Ujian Pertengahan Tahun.

Fasa ini penting untuk pastikan anak tak “tenggelam” bila silibus mula laju.

LEVEL 3
Julai – Sep

#3 POWER MOMENTUM

Inilah fasa “bab berat”. Algebra, trigonometri, pemahaman, karangan panjang, eksperimen sains… semua datang serentak.

Ramai murid mula struggle di sini… tapi anak anda tak perlu rasa begitu. Di Maths Power, kami bantu dengan cara:

  • Pecahkan bab sukar kepada langkah yang lebih mudah.
  • Ulang topik tertentu supaya anak lebih faham.
  • Tambah latihan tambahan untuk topik yang perlukan lebih perhatian.
  • Buat pembelajaran lebih interaktif supaya tak bosan.

Kalau anak berjaya maintain momentum di fasa ini, biasanya mudah untuk mereka sustain sampai hujung tahun.

LEVEL 4
Oktober – Dis

#4 POWER SHOWCASE

Akhir tahun adalah masa untuk anak “tunjuk apa yang mereka dah belajar”. Fokus kami di sini adalah pada persediaan peperiksaan:

  • Ulang kaji bab-bab dari awal tahun.
  • Buat latihan mengikut format peperiksaan sebenar.
  • Baiki mana yang lemah dan kukuhkan mana yang kuat.
  • Latih anak untuk faham cara menjawab soalan.

Fasa ini membantu anak masuk peperiksaan dengan lebih yakin dan bersedia.

⚠️ Daftar awal untuk Sesi Tuisyen 2026 adalah cara terbaik untuk memastikan anak anda melalui keseluruhan Student Journey tanpa tertinggal apa-apa topik penting sepanjang tahun. Tempat adalah terhad, pendaftaran awal sangat digalakkan.